Tuesday, March 30, 2010

Senaman Kacip Fatimah

Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petua termasuklah menjaga makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan melakukan senaman ini kepada seiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat.

Semasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa 'stroke' kerap menyerang pada awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.

Saya telah berpeluang belajar Senaman Kacip Fatimah untuk wanita dari seorang tukang urut yang berasal dari Yong Peng, Johor. Beliau pergi mengurut ke merata tempat dan akan mengajarkan kepada wanita-wanita yang diurutnya itu gerakan-gerakan senaman ini. Gerakan senaman yang beliau ajarkan adalah serupa dengan gerakan yang diajarkan oleh seorang lagi wanita Melayu yang berasal dari Johor Bahru, menunjukkan bahawa gerakan senaman ini adalah satu ilmu yang tua.

Berdasarkan rujukan-rujukan saya terhadap senaman tradisi India dan Cina, didapati bahawa banyak dari gerakan Senaman Kacip Fatimah ini unik, walaupun terdapat sedikit sebanyak persamaan di sana sini. Pada saya, gerakan-gerakan senaman ini adalah amat bernilai sebagai khazanah bangsa Melayu dan patut diketahui oleh generasi yang kemudian.

Asal Usul Nama Kacip Fatimah

Orang-orang Melayu zaman dahulu (setelah kedatangan Islam di Nusantara) telah menjadikan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah (Siti Fatimah) sebagai contoh teladan (role-model) pasangan suami isteri yang bahagia. Nama Saidina 'Ali telah disempenakan untuk menamakan sejenis akar yang dianggap sebagai permata kelelakian di alam Melayu (Tongkat Ali) dan nama Saidatina Fatimah pula disempenakan untuk sejenis tumbuhan kecil yang dianggap permata kewanitaan (Kacip Fatimah). Kacip pula adalah sejenis alat untuk membelah dan meracik pinang, digunakan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman (sejak dari zaman Hindu di Nusantara).

Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila) banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapati hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibu bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat mengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin dari dalam tubuh.

Gerakan Senaman Kacip Fatimah

Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagai petua tradisional Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepada petua-petua tradisional India dan Cina untuk membuat perbandingan:

1. Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Saturday, March 27, 2010

Are you drinking the right tea?

1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night
>> Should drink more Chrysanthemum Tea.

2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday.
>> Should drink Wu Loong Tea.

3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
>> Should drink Green Tea.

4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising
>> Must drink Green Tea and Flower Tea.

5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
>> Should drink more Green Tea.

6. Carnnivore (i.e. people who must eat meat at least once a day, or feel sickly)
>>Try to drink some Wu Loong Tea.

7. People who go to the washroom too often or not often enough.
>> Should drink more Honey Tea.

8. People with high cholesterol and high blood pressure.
>> Wu Loong Tea, Green Tea.

9. Those who work with computers everyday.
>> Need to drink a Lot of Tea (any tea will do).

Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free. Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).

Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.

Rahsia Garis Tapak Tangan




Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat... . Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Friday, March 19, 2010

Nice Love Quotes

1. Baby, you turn my floppy disk into a hard drive!

2. When I first met you, I was afraid to talk to you.
When I spoke to you, I was afraid to love you.
Now that I love you, I am afraid to lose you!

3. I didn’t fall for you when you were at your best.
It happened in-between those nights when you cried in front of me saying you can’t go on anymore, asking me to be strong for both of us and the nights when we just sat right next to each other with our hands intertwined, sighing deeply and enjoying the silent.

That is when I realized I don’t want to leave your side.

4. If i confess that i'm starting to like you, would you do it too?
5. I only get jealous because i love you,
and i don't want anyone else to have you.

6. He said, "you're crazy."
& she said, "only for you, babe"

7. show me what it feels like to be truly loved.
And, baby i'll never let you go.

8. I miss you.
Not who you are now.
But, who you were.9. I was lost alone, until I found you. For now, I'm lost with you !


10. You made me realize that i had a heart capable of deep intense love. For only that one reason am glad i met you. So as you walk away, you brag you kindled a fire in my heart that will never fizzle out.

Tuesday, March 9, 2010

Rahsia Bantal Dan Perwatakan

MEMELUK BANTAL
mereka ni berjiwa seni, mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastra. perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. kadangkala boleh membacaperistiwa yang akan berlaku melaui mimpi. mereka juga perihatin terhadap kesusilaan.

MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL
mereka biasanya kurang keyakinan. dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapat pandangan orang lain.

MELETAKAN BANTAL DIBAWAH KAKI
mereka mempunyai sifat kurang baik. mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. ini menyebabkan mereka cenderung bersikap egois. mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. mereka tidak suka berusaha.

TIDUR TANPA BANTAL
mereka mempunyai sifat percaya pada diri sendiri yang sangat tinggi. kadangkala sifat ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

TIDAK PUNYA BANTAL
kesian betul aku tengok ... apa lah miskin sangat nko ni, beli top-up 30 hinggitbuleh la pulak ... hari ni nko pergi kedai, belilah satu, yang kecikmacam bayi punya pun takpe..

Kenali Gigi Anda

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang. Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi boleh bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan

Karisma, rahsia individu tersimpan dalam bentuk tulisan

BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.

Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa... .hendak pula bila bercinta.

Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.

Justeru, ramai yang mencuba-cuba 'mengorek' rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?

Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?

Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar analisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya dikelilingi hutang.

Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisi tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.

Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang lagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.

Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang mencua-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa�mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut�kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal�biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa�ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang�nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari�Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.

"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karektor seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana nsurnya tidak lengkap. Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya," katanya.

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr�John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma�cerita rakyat, katanya.

Anda bagaiman? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, sekalipun tanda tangan�boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.

Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda... ... .


Makna�tersirat di sebalik tanda tangan :


1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~ �Seseorang yang sangat yakin
~� Ada personaliti yang hebat
~� Agak mementingkan diri sendiri
~� Percaya bahawa kebahagian dalam hidup sangat perlu


2. Dua titik di bawah tanda tangan
~� Anda romantik
~� Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~� Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~� Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~� Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping


3. Satu titik di bawah tanda tangan
~� Anda kelihatan mudah dan tenang
~� Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai� apabila�
���� dihianati


4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~� Seronok dengan kehidupan
~� Ikut gaya dan cara tersendiri
~� Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain


5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~� Anda sentiasa berusaha supaya smart
~� Suka berselindung
~� Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan�
���� hidup
~� Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~� Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~� Anda cepat menukar pandangan dan idea


7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~� Seseorang yang sangat perihatin
~� Tidak pentingkan diri sendiri
~� Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~� Seorang pemikir
~� Seorang yang mudah serik


8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~� Seorang yang sangat baik
~� Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan atau dengan�
���� siapa saja anda berurusan
~� Tegas dengan pendapat sendiri
~� Ada semangat yang tinggi

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
- Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
- Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
- Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang. Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
- Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu. Contohnya kundur
- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.

Tips Couple

If i dont call you [ Its because im waiting for you to call me ]

When i walk away from you mad [ Follow me ]

When i stare at your mouth [ Kiss me ]

When i push you or hit you [ Grab me and dont let go ]

When i start cussing at you [ Kiss me and tell me you love me ]

When im quiet [ Ask me whats wrong ]

When i ignore you [ Give me your attention ]

When i pull away [ Pull me back ]

When you see me at my worst [ Tell me im beautiful ]

When you see me start crying [ Hold me and tell me everything will be alright ]

When you see me walking [ Sneak up and hug my waist from behind ]

When im scared [ Protect me ]

When i lay my head on your shoulder [ Tilt my head up and kiss me ]

When i tease you [ Tease me back and make me laugh ]

When i dont answer for a long time [ reassure me that everything is okay ]

When i look at you with doubt [ Back yourself up ]

When i say that i like you [ I really do more than you could understand ]

When i grab at your hands [ Hold mine and play with my fingers ]

When i bump into you [ bump into me back and make me laugh ]

When i tell you a secret [ keep it safe and untold ]

When i look at you in your eyes [ dont look away until i do ]

When i miss you [ im hurting inside ]

When you break my heart [ the pain never really goes away ]

When i say its over [ i still want you to be mine ]

When i repost this bulletin [ i want you to read it ] (",)

Saturday, March 6, 2010

Hubungan Kelamin Selepas Bersalin

DI kalangan wanita Kelantan, lazimnya mereka tidak melakukan hubungan kelamin selama 100 hari selepas bersalin.
Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan khusus kerana ianya hanya amalan turun- temurun dari emak kepada anak.
Walaupun tidak melakukan hubungan kelamin, mereka tidur bersama suami.
Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu dan dari segi perancangan keluarga, ini amat memberangsangkan.
Lain bangsa lain pula amalan mereka dan tiada pula bukti yang menyokong kenapa setiap amalan diteruskan.
Walau bagaimanapun, tempoh sebegini boleh dikatakan bagus sebab wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas penat bersalin dan mengandung selama 40 minggu.
Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang bapa.
Hubungan suami isteri kini bukan hanya melibatkan hubungan kelamin semata-mata, ianya lebih dari itu!
Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung yang kerap, aktif dan menyeronokkan TETAPI lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama sekarang dan ini akan berlarutan untuk beberapa julat masa yang agak lama kelak.
Proses kelahiran merupakan aktiviti fizikal yang amat meletihkan.
Bayangkan isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya, sama seperti pelari maraton semasa menyertai Sukan Olimpik!
Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.
Kemuncak emosi berlaku apabila melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.
Badan isteri (kini ibu) akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami beberapa perubahan hormon semasa mengandung.
Adaptasi serta fokus isteri kini bertumpu sebagai seorang ibu dan mula menampakkan keanggunan paling menyerlah seorang wanita.
Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai “POSTPARTUM” dan kehadiran ‘si sayang’ baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi suami dan isteri.
Kemaskini cara berkomunikasi bersama sebelum agenda hubungan kelamin dimulakan kembali.
Suami tentu faham akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.
Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin seorang ibu terlupa akan tanggungjawab isteri dalam hubungan kelamin.
Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen dari ovari dan ini menyebabkan suasana dalaman faraj kering.
Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan, mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan kelamin (zakar-faraj) dengan meningkatkan aktiviti sentuhan atau cumbuan.
Mungkin isteri juga akan perasan yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya tidak sekuat sebagaimana sebelum bersalin.
Jangan runsing kerana dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal faraj dengan lebih berkesan.
Sekiranya isteri masih tidak berpuas hati, boleh juga berjumpa dengan doktor untuk nasihat lanjut.
*Nasihat doktor
Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya tersendiri.
Hormon yang dikeluarkan semasa hubungan kelamin dapat mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin.
Begitu juga dengan penyusuan melalui payudara yang dapat mengembalikan rahim kepada saiz asalnya dengan lebih cepat.
Ada doktor yang menasihatkan supaya berehat dari hubungan kelamin selama enam minggu tetapi sebenarnya nasihat ini tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokongnya.
Ada pula doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara tiga hingga enam minggu, bergantung kepada tempoh:
* Berhentinya pendarahan dan discaj selepas bersalin.
* Penyembuhan luka dari episiotomi (guntingan) di faraj semasa proses kelahiran.
* Penyembuhan dari pembedahan caesarean.
Beberapa sebab lain juga boleh menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun seperti:
* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru; setiap kelahiran merupakan pengalaman baru.
Banyakkan minum air serta makan makanan yang berkhasiat.
* Ketegangan dan rasa tidak selesa; mungkin kesakitan dari tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.
Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.
* Menyusu badan; menyebabkan cairan lubrikasi (pelincir) di faraj menurun sehingga faraj menjadi kering dan berasa sakit ketika hubungan kelamin.
Cecair pelincir tiruan (alternatif) yang boleh didapati di farmasi boleh digunakan untuk mengelakkan kekeringan.
* Beranggapan bentuk badan sekarang tidak menarik; berat badan bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalunya berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih banyak).
* Cemas dan waswas tentang peranan sebagai ibu; akibat melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.
* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel; langsung mengganggu aktiviti kelamin.
* Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan isteri; suami mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin.
Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.
* Takut ‘termengandung’; isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel dalam masa terdekat.
Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak amalkan susu formula), proses ovulasi mungkin berlaku selepas tiga bulan.
Bagaimanapun, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku hanya selepas tiga minggu.
Sekiranya penyusuan badan tidak dilakukan sepenuhnya, haid isteri mungkin akan kembali pada minggu keempat.
Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa.
Jadi isteri perlu berbincang dengan suami akan kaedah terbaik kontraseptif (perancangan keluarga) atau berjumpa dan bertanyakan doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.
Penggunaan kondom adalah cara terbaik untuk peringkat ini memandangkan isteri sedang menyusu badan.
Sekiranya isteri ingin mengambil ubat kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik sebab ianya tidak mengurangkan jumlah susu.
Untuk alat dalam rahim pula, pastikan terlebih dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz seperti sebelum mengandung.
Untuk seketika selepas bersalin, paras hormon estrogen serta progesteron akan jatuh dengan mendadak.
Ibu akan mengalami keadaan seperti putus haid terutamanya pada kawasan sekitar faraj.
Kadar pH faraj pula akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari iritasi juga berkurang.
Ini akan menyebabkan ibu terdedah pada gangguan serta iritasi dari sabun atau cecair pencuci faraj lain.
Jangkitan kuman pada faraj juga mudah berlaku pada waktu ini, apatah lagi dengan kehadiran darah dan juga lelehan.
Jadi berhati-hatilah dengan bahan pelincir ataupun jenis kondom yang digunakan.
Penjagaan perineum amat penting selepas kelahiran kerana perineum adalah bahagian tubuh wanita yang berada di antara faraj dan dubur.
Kawasan ini perlu sentiasa bersih dan kering bagi mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan mengelakkan sebarang jangkitan.
Tangan juga perlu dibasuh setiap kali menukar tuala wanita dan memastikan kawasan ini kekal kering dengan menyapu dari depan ke belakang menggunakan tuala atau tisu bersih.
Penjagaan rapi dapat mengelakkan kuman dari bahagian dubur daripada merebak ke kawasan luka.
Jahitan yang dibuat pada episiotomi ketika melahirkan anak biasanya akan hilang dalam masa dua minggu jika tiada sebarang jangkitan kuman.
Dalam pada itu, ada juga ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin yang turut menyukarkan hubungan kelamin.
Kemurungan akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu sementara perubahan masa serta perubahan hubungan dengan suami serta anak.
Perasaan juga mungkin terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan.
Adalah tidak janggal untuk seorang ibu merasakan cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan sehingga kadangkala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris.
Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh isteri.
Semua ini adalah normal sekiranya berlaku dalam masa dua minggu pertama dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.
Bagaimanapun, jika masih berterusan, berbincanglah dengan doktor untuk nasihat lanjut.

Kedudukan Jerawat Dan Info

DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Rahsia Warna Lipstick

Lip Gloss Tanpa Warna
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.

Warna Pink Berkilat
Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

Warna Coklat
Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

Warna Oren
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah
Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

Tips utk wanita....

Tips supaya wanita sentiasa muda, perawan dan ceria Sampaikan lah.. pada isteri2 anda... insyallah berkesan.. Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ... Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Haa... tu dia. Ayat ni untuk jaga luar dalam atas dan bawah (oopps... censorred). Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.

Caranya :

1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita. Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Wallahuwa'lam.

Petua Untuk Anda Amalkan

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MELEMBUTKAN RAMBUT
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

MERAWAT KULIT BERKEDUT
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

MELENTIKKAN BULU MATA
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

MELEBATKAN RAMBUT
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

RAMBUT LEBAT
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perutsahaja, amalkan setiap malam.

(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

MENGELAK RAMBUT GUGUR
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

RAMBUT GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

MENGHILANG SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

MENGHILANG KETUMBIT MATA
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

MENURUNKAN BERAT BADAN
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

MENGATASI TUMIT PECAH
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumitkaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

AWET MUDA
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MUDAH BANGUN PAGI
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

MELURUSKAN RAMBUT KERINTING
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

TEGANGKAN PAYUDARA
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama ½ jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

MENGUATKAN GIGI
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

MENGHILANGKAN BAU MULUT
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

MENGELAK SANTAU
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDUR
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah

dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA
1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:

"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak

PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS
1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.

2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh.

4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.

4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya, anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.

5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari anda (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.

PETUA UNTUK MASAKAN
1. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

2. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

3. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

4. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

5. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

6. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

KHASIAT DARI TUMBUHAN
1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.
Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.
Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan. Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

15 Nasihat Untuk Wanita

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Tuesday, March 2, 2010

Rahsia Disebalik Jari

Disebalik kuku kita sebenarnya tersimpan ciri-ciri atau sikap diri kita yang sebenarnya oleh itu mari kita tengok kita tergolong dari yang mana... ... ... ... ... ... ... ... ..
Kuku pendek & lebar - seorang yang suka mengkritik, agak serius dlm kehidupan, tidak mengambil kira andainya kritikan mereka menyakiti orang lain, suka berterus- terang dan berani mengkritik andainya dirasakan tidak puas hati.

Kuku berbentuk 4 segi - suka berterus-terang, mudah sesuaikan diri dgn keadaan sekeliling, jenis tidak suka menyembuyiakan ketidak puasan hati mereka.namun sikap ini dapat mengundang permusuhan dalam diam namun mereka cukup jujur dalam perhubungan terbuka.

Kuku tirus & runcing - sering dilanda gementar dan kalut, jika terpaksa berdepan dalam situasi yang mungkin memberi tekanan pada mereka, mereka lebih suka berada di belakang tabir saja, namun mereka ini biasanya petah bercakap, cuma di depan orang ramai saja mereka kalut.

Kuku panjang & bujur - menyukai sesuatu yg berkaitan seni , berfikiran terbuka utuk menerima idea baru, mudah untuk berkerjasama dengan meraka kerana mereka tidak lokek idea dan tidak kisah menerima idea orang lain.

Kuku berbentuk sudu - mood yg tidak menentu, sering bertukar fikiran , pantang mendengar pendapat orang lain pasti mengubah keputusan yang telah mereka buat.mereka ini tidak tetap penderian dan mudah berubah.

Kuku lebar - cukup yakin dengan apa yg mereka buat, mempunyai personaliti yang kuat dan menarik, seorang yang aktif dan bersemangat menjalani kehidupan seharian. Mereka meminati bidang yang mencabar seperti bersukan.

Kuku berbentuk badam - cukup penyabar, kretif dalam setiap apa yang di lakukan , sukar marah dan lebih suka bersabar. Namun kesabaran tetap ada batasan bila sampai satu tahap seperti gunung berapi.

Kuku berbentuk panjang - amat berhati2 dlm apa jua yg di lakukan , mereka bukan yang jenis mengambil mudah sesuatu perkara itu juga seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara termasuk juga tentang kekemasan diri.


Rahsia jari jemari

Jari sederhana besar seorang yg pemurah dan baik hati , tidak sukar mendapat pertolongan dari mereka. panjang dan runcing tahu melakukan kerja rumah terutama perempuan , juga cukup pakar dalam masakan.

Jari lebar cukup bertuah dan hidup senang , selain itu mereka mengangap hidup ini cukup mudah dan indah untuk di nikmati mereka suka membesarkan perkara yang kecil

Tapak tangan lembut seorang yg mudah memahami masalah orang lain ,seorang pendengar yg baik ,senang berkomunikasi dengan mereka.

Tapak tangan nipis seorang yang suka bertindak mengikut hati dan ia kadangkala bukan saja menyusahkan diri malah orang lain malah sukar menerima teguran orang lain.

Monday, March 1, 2010

Mengira Waktu Subur Wanita

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


FAHAMI KITARAN HAID


Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.


Hari 1-4


Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13


Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14


Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28


Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.



BILAKAH WAKTU SUBUR?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.



CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR


Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.



MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.


Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.


Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.


Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN


Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.


Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.


Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.



Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!