Saturday, February 27, 2010

Kegunaan Vitamin untuk Kulit

Kompas.com - Segala vitamin dari sayuran dan beragam pil kecantikan sudah dikonsumsi, tetapi masih terasa ada yang kurang? Menurut Mary Lupo, MD, profesor dermatologis dari Tulane University School of Medicine, tubuh hanya memberikan sekian persen vitamin ke kulit, tak peduli berapa banyak makanan yang kita konsumsi. Maka dari itu, obat-obatan topikal yang dioleskan dari luar itu penting untuk mendapatkan kulit yang sehat dan cantik. Tetapi sebelum mengoleskan obat-obatan tersebut, ketahuilah vitamin-vitamin apa yang diperlukan bagi kulit Anda.

Vitamin A: Untuk melawan penuaan
Terbukti melalui berbagai penelitian, vitamin A bisa melawan penuaan. “Ada lebih dari 700 studi yang dipublikasikan yang sudah mencoba dan membuktikan bahwa vitamin A (yang juga dikenal sebagai retinoid), bisa menahan tanda-tanda penuaan. Cara penggunaan terefektif adalah di malam hari. Retinoid yang didapat melalui resep bisa bekerja antara 4-8 minggu. Namun, efek samping yang bisa timbul adalah iritasi, kemerahan, pengelupasan, dan kulit mengering. Produk-produk yang dijual bebas di pasaran yang mengandung retinoid lebih aman digunakan karena kandungannya tak banyak, dan retinolnya perlahan berubah menjadi retinoic acid. Untuk menghindari iritasi, aplikasikan obat yang mengandung retinoid 2-3 kali seminggu dengan jangka waktu harian dalam jumlah sedikit ke seluruh wajah.

Vitamin B3: Mendorong kelembaban dan mengurangi kemerahan
Terdapat di lotion, krim, dan serum, dikenal juga dengan nama niacinamide. Terbukti menambah produksi ceramides dan fatty acids, dua komponen yang memberi perlindungan pada kulit. Ketika pelindung kulit menguat, kulit lebih baik menjaga kelembaban dan menjauhi iritasi, sehingga cocok untuk kulit kering atau sensitif. Untuk hasil maksimum, aplikasikan B3 di malam dan pagi hari. Untuk mengurangi iritasi akibat retinoid, gunakan bersamaan dengan B3. Selain mengurangi efek samping, keduanya jika disatukan bisa memberikan efek baik untuk melawan penuaan.

Vitamin C: Si Penghambat tanda-tanda penuaan
Melalui riset ditemukan bahwa vitamin C berguna melawan radikal bebas yang menyebabkan kerutan, kulit bergelambir, dan tanda-tanda penuaan lainnya. Vitamin C juga membantu menghaluskan dan mengenyalkan kulit, sekaligus menghilangkan flek-flek hitam. Meski terdengar mirip fungsinya dengan retinoid yang terdapat di vitamin A, jika keduanya digunakan bersamaan bisa memberikan kesempurnaan warna kulit. Penuaan kulit datang dalam bentuk yang berbeda-beda, jadi dibutuhkan berbagai bentuk perlindungan untuk memperbaiki kerusakan pada kulit. Gunakan vitamin C di pagi hari sebelum tabir surya.

Vitamin E: Melawan kekeringan pada kulit
Banyak terdapat di tabir surya dan produk-produk setelah terkena sinar matahari. Produk yang terbaik adalah yang mengandung sekurangnya 1% vitamin E. Riset membuktikan bahwa vitamin E memberikan perlawanan terhadap kekeringan dengan membantu memberikan pelembab natural pada kulit. Vitamin E juga mampu menetralisir radikal bebas. Bahkan ada penelitian yang membuktikan bahwa vitamin E bisa mengurangi molekul jahat yang terjadi akibat paparan asap rokok. Riset lain mencatat bahwa jika digunakan sebelum terkena matahari, vitamin E bisa mencegah kulit kemerahan, bengkak, dan kering. Aplikasikan sebelum dan sesudah terkena paparan sinar matahari. Sinar matahari langsung bisa merusak setengah dari suplai vitamin E alami kulit. Jadi, pastikan untuk mengenakan tabir surya yang mengandung banyak vitamin E dan vitamin C sebelum terkena sinar matahari.

Vitamin K: Untuk mata lebih bersinar
Banyak ditemukan di krim mata yang juga mengandung retinol. Vitamin K dipercaya bisa membantu mengatasi lingkar mata hitam. Pembuluh kapiler yang rentan dan bocor di sekitar daerah mata sering diakui sebagai penyebab hitamnya daerah di sekitar mata. Vitamin K, yang dikenal juga sebagai phytonadione, bisa membantu mengontrol aliran darah. Penggunaan vitamin K teratur bisa membuat bagian lingkar mata yang menghitam terlihat lebih cerah. Gunakan 2-3 hari seminggu setiap sebelum tidur untuk mencegah iritasi, jika tidak ada, perbanyak waktu penggunaan, misalnya 4 hari seminggu.

Khasiat makanan dalam Islam

Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang angin dan menggalakkan pengeluaran air mani. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga.


Jintan Manis

Jintan manis banyak khasiatnya. Ia melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal
Epal masam lebih sejuk daripada yang manis. Ia juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang
Pisang menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

Selasih
Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampurkan dengan kurma dan madu dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Lobak merah

Memanaskan badan dan melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi
Ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Ayam
Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina tidak bertelur.

Kulit kayu manis
Kulit kayu manis juga pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia adalah campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resipi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Telur
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


Ikan

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuhan, bukan makan lumpur dan benda seni dalam air. Ikan tidak dimasak sukar hadam.

Halia
Halia berkhasiat membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Madu lebah
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu paling berkualiti ialah yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti dalam musim sejuk.

Makan untuk cantik, cergas

Kekurangan protein boleh menjejaskan penampilan diri, punca rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit kendur

APAKAH makanan yang anda ambil untuk sarapan pagi ini? Mungkin roti canai atau nasi lemak serta teh tarik. Apa saja makanan yang anda pilih, pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat anda ialah cantik dan cergas.

Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri.

Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.

Pakar pemakanan, Profesor Dr Suhaila Mohamed, dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memberikan pandangannya mengenai pengaruh makanan terhadap kecantikan dan kecergasan manusia.

Beliau mengkategorikan unsur penting yang mempengaruhi kecantikan dan kecergasan manusia kepada dua komponen utama, makro dan mikro.

Komponen makro

Protein

Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur.

Dr Suhaila berkata, protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.

Selain itu, katanya protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang.

Katanya, protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.

Asid Lemak Perlu

Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan.

Dalam satu kajian, Dr Suhaila berkata, tikus yang tidak dibekalkan asid ini mempunyai bulu yang tidak sihat.

Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, katanya sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.

“Kita masih perlu minyak. Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali,” katanya.

Dr Suhaila berkata, pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.

Katanya, DHA (Asid Docosahexaenoic) bukan dihasilkan ikan, tetapi alga atau rumpair yang ikan makan.

Bahan Lain

Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.



Komponen Mikro

Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.

Vitamin A

Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik.

Dr Suhaila berkata, bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.

Bagi mengatasi masalah ini, katanya pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting.

Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.

Vitamin C

Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit.

Katanya, vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.

“Vitamin C amat penting, terutama apabila usia semakin meningkat kerana membantu kekenyalan kulit atau membuatkan seseorang kelihatan awet muda,” katanya.

Selain itu, katanya vitamin A bersama C dan E sebagai vitamin antioksidan penting untuk mengekalkan tahap penglihatan kerana otot berkaitan mata memerlukan kekenyalan dan kekurangan vitamin tiga serangkai ini menyebabkan mata mudah teroksid dan mengalami masalah seperti katarak.

Vitamin E


Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang.

Dr Suhaila berkata, makan makanan bergoreng sudah mencukupi kerana vitamin E dari minyak akan diserap masuk.

“Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser,” katanya.

Vitamin B

Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga.

Katanya, sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja.

Sehubungan itu, katanya cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.

Katanya, daging tidak perlu dibasuh sekali lagi apabila dikeluarkan dari peti ais.

“Sesetengah orang membasuh daging hingga vitamin B hilang kerana menyangka air merah adalah darah, sedangkan sebenarnya adalah air daging.

Beliau menyarankan kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.


Mineral

Kalsium

Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak.

Dr Suhaila berkata, susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.

Zat Besi

Dr Suhaila berkata, kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun.

Katanya, wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah.

Makanan Pembangkit Gairah

Adakah hubungan antara makanan dengan kemampuan seksual seeorang? Berikut beberapa jenis makanan yang dianggap dapat meningkatkan gairah seksual wanita maupun lelaki, antaranya ;

Seafood
Seperti daging merah, seafood mengandung Zink(Zn) yang vital bagi pria. Kekurangan Zink menyebabkan rendahnya dorongan seks, sedikitnya sperma (kurang subur) bahkan impotensi. Setiap ejakulasi sekurang kurangnya mengandung 5 mg Zink, sehingga makin sering berhubungan seks makin banyak Zn diperlukan.

Telur
Bukti bahwa sari telur ayam terbukti dapat meningkatkan dorongan seks sangat kuat sehingga diformulasikan dengan nama Ardor di Amerika dan Libido di negara lain. Meski penelitian belum dilakukan pada lelaki, sari telur cukup efektif mengubati kekurangan libido. Putih telur dikenal sebagai sumber vitamin B, utamanya B6 dan B5 yang merupakan asam panthotenic. Panthotenic ini bias menghadirkan kegairahan di tempat tidur karena keampuhannya menyeimbangkan kadar hormon, selain ampuh mempertahankan energy dan mengusir stress. Selain sumber protein dan fosfor, kuning telur mengandung lesitin yang mempengaruhi sekresi hormon seksual.

Madu
”Si Manis” yang satu ini merupakan sumber dari boron, jenis mineral yang banyak terkandung dalam sayuran hijau, buah buahan dan kacang kacangan yang berkhasiat membantu proses ######bolisme tubuh dan penggunaan estrogen (hormon wanita). Selain itu mineral boron mampu meningkatkan kadar darah dalam testoteron yang merupakan hormon penting dalam proses kerja organ seksual dan terjadinya orgasme baik lelaki maupun wanita.

Tiram atau Kerang
Makanan ini terkenal masin di lidah, maklum namanya juga hasil laut. Tapi lupakan dulu masalah rasanya, cuba lihat kegunaannya sebagai aphrodisiac yang kaya fosfor dan Zn. Konon setelah memakannya gairah seksual akan melambung, apalagi jika para pria yang menyantapnya.

Asparagus
Jika tiram sangat berkesan memacu libido para pria, asparagus justru mampu membangkitkan gairah bercinta para wanita. Apa pasal? Pertama, sayuran ini kerap disebut sebut layak mewakili symbol alat vital! Kedua, asparagus ternyata kaya nutrisi seperti vitamin E, potassium serta fosfor yang mampu meningkatkan energy dan menambah keberanian wanita.

Cokelat
Menurut para ahli dengan memakan cokelat otak melepaskan serotinin yang membuat diri jadi tenang. Cokelat juga mengandung salah satu bahan alami yang bias meningkatkan atau memperbaiki suasana hati yaitu phenylethylemine, zat yang diduga para peneliti dapat mempengaruhi gelora cinta dan perasaan romantis. Juga mampu menaikkan daya seksual seseorang.

Pisang
Bukan hanya bentuknya yang selalu diidentikan dengan penis, pisang juga kaya bufotenine, suatu senyawa kimia yang berfungsi meningkatkan rasa bahagia, percaya diri dan dorongan seks di otak.

Ginseng
Merasa letih dan stress? Minum 1 gr ginseng setiap hari. Ginseng sangat baik untuk pria yang berada dalam banyak tekanan. Diatas ranjang ginseng menambah vitalitas dan meningkatkan dorongan seks.

Bawang Putih
Bawang putih terbukti dapat meningkatkan sirkulasi darah dalam daerah kelamin baik pria maupun wanita yang dapat mempercepat rangsangan seksual. Bagi etnik tertentu, menyantap bawang putih satu suing sehari merupakan hal yang biasa karena diyakini bahwa dengan lancarnya peredaran darah maka badan pasti sehat termasuk tetap bergairah melakukan hubungan seks.

Adas dan Merica Hitam
Jenis rempah rempah ini dapat merangsang pengeluaran hormon androgen dan merangsang saraf pusat. Jintan bermanfaat sebagai tonikum dan membangkitkan semangat. Kunyit untuk penyegar meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh. Lengkuas merangsang semangat dan pereda lelah yang baik.

Seledri dan Kemangi
Bermanfaat melancarkan sirkulasi darah serta membantu rileksasi otot . Kemangi melancarkan sirkulasi darah dan merangsang keluarnya hormon androgen. Sementara seledri melancarkan sirkulasi darah dan membantu rileksasi otot.

Torpedo
Bila melihat semangkuk sup atau soto torpedo kemungkinan besar orang akan mengaitkan dengan urusan seksual. Torpedo atau kelenjar seksual kambing jantan ternyata mengandung banyak seng (Zn). Salah satu jenis mineral itulah yang bermanfaat dalam merangsang pembentukan sperma.

Gandum
Butir-butiran gandum dapat meningkatkan jumlah hormon testosteron yang artinya libido akan terpompa jika rajin mengkomsumsi gandum.

Kelp
Tumbuhan sejenis rumput laut dengan daun yang lebar ini menurut ahli nutrisi sangat baik bagi wanita yang kehilangan libido akibat gangguan hypotyroid. Kelp umumnya banyak diolah sebagai campuran dalam makan

Makanan Yang Perlu Ketika Berdiet

Antara makanan yg perlu di dekati ketika berdiet ialah :

1) Kacang Buncis dan Kacang Panjang
Kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrian misalnya potasium yang membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.

2) Bijirin Oat
Kandungan antioksida dan seratnya baik untuk membakar lemak dan membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.

3) Avokado
Buah ini mengandungi kalori yang tinggi tapi juga mengandungi asid lemak esensial yang baik untuk kulit. Ia mengandungi vitamin E dan beta sisosterol dan serat yang membantu mengatasi masalah kolesterol.

4) Pisang
Mengandungi potasium dan vitamin V6 yang bermanfaat untuk megatasi masalah kelebihan cairan dalam tubuh.

5) Nanas
Membantu memperbaiki serat kolagen yang rosak. Selain itu ia juga mengandungi vitamin C

6) Limau dan Anggur
Membantu membentuk serat kolagen. Juga mengandungi methoxylated bioflavonoids yang berguna untuk melancarkan perjalanan darah dan memperkuatkan pembuluh rambut.

7) Asparagus
Memperkuatkan pembuluh vena dan pembuluh rambut serta membantu mengawal tekanan darah. Mengandungi glutathione, enzim yang bersifat detoksifikasi dan pelawan radikal bebas.

dirol.gif Bawang Merah dan Bawang Putih
Ramuan dapur ini mudah disertakan dalam setiap masakan. Kandungannya antara lain sulfur (membantu mengatasi kesan daripada pendedahan radikal bebas), vitamin E dan vitamin C

9) Brokoli
Mengandungi alpha lipoicacid (mencegah kolagen), selenium (memaksimumkan vitamin C, E dan beta karoten) dan kalsium.

10) Daging Merah
Anda tidak perlu menjauhkan diri daripada produk-produk yang berasaskan haiwan. Pilihlah yang bebas lemak. Daging lembu mengandungi conjugated linoleic acid (CLA) yang berfungsi untuk membakar lemak.

Jeragat - Punca dan Cara Mengatasi

JERAGAT adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Beliau berkata, hakikatnya makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan. Namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi yang terdapat pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes .

“Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit tetapi ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari yang merangsang kehadiran jeragat pada muka dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

“Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik yang mempunyai hubung kait dengan ibu bapa individu.

“Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar berbanding golongan yang berkerja dalam kawasan redup yang melindungi kulit daripada kesan pancaran matahari berlebihan.

“Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi,” katanya.

Dr Noraziah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim tidak sesuai.

“Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’ (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

“Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia (chemical peeling ),” katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi terdapat juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

“Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,” katanya.

FAKTA - Jeragat

Sejenis penyakit kulit

Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag

- Seborrhoeiv keratoses - timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
- Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit
- Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor

Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim

Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat


Kulit

- Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia

- Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E secara seimbang untuk kekal sihat

- Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.

- Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.

- Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.

- Kandungan air penting untuk kelembapan kulit

- Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.

- Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D

- Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.

- Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit


Penjagaan kulit

- Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari

- Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang

- Gunakan krim tabir suria dengan SPF 15 dan ke atas.

- Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.

- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.

- Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.

- Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses. penuaan dan pigmentasi elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

Pentingnya Urutan Dan Rawatan Selepas Bersalin

Amalan mandi 44 air rebusan rempah ratus penting untuk buang hanyir darah pada badan


SELEPAS bersalin, wanita sanggup berpantang 44 hari untuk mendapatkan bentuk badan asal. Namun bagi yang pertama kali menjadi ibu, tempoh itu dirasakan begitu menyeksakan.

Sepanjang berpantang, wanita terpaksa mendisiplinkan diri dengan mengamalkan rawatan tradisional untuk kesegaran badan selain mengembalikan bentuk tubuh yang sudah ‘lari’ daripada potongan asal.

Pemilik Dratu Beauty Spa and Salon, Wan Noormala Wan Lah, berkata banyak pantang larang yang perlu dititik beratkan wanita selepas bersalin termasuk menjalani rawatan mandi air rebusan rempah ratus, bertungku, mengurut dan berbengkung.

“Keempat-empat rawatan ini adalah amalan masyarakat Melayu dalam usaha mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Malah, bagi wanita yang mementingkan kesihatan amalan berkenaan dianggap peluang memulihkan kesihatan dalaman yang sekian lama terabai,” katanya.

Beliau berkata, amalan paling utama selepas berpantang adalah mengurut kerana ia dapat melancarkan perjalanan darah.

“Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.

“Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,” katanya.

Urut katanya, bukan saja untuk wanita selepas bersalin. Malah, membantu membetulkan organ dalaman wanita supaya kembali berfungsi dengan baik.

Katanya, bagi wanita yang ingin mencuba sendiri urutan di rumah, bahan mengurut boleh disediakan sendiri seperti minyak kelapa, tiga camca besar halba, halia sebesar ibu jari, kunyit hidup, tiga ulas bawang putih dan lima biji bawang merah.

“Minyak kelapa itu boleh dihasilkan sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa yang dimasak hingga menjadi minyak. Urutan juga merangsang pembakaran lemak di bahagian tubuh bermasalah supaya ia mudah dibakar,” katanya.

Beliau berkata, amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

“Mandian air rebusan rempah ratus ini perlu disediakan tidak terlalu sejuk, kepanasan air mandian berkenaan bergantung kepada ketahanan individu. Tubuh wanita yang baru melahirkan anak biasanya mengeluarkan bau tidak enak iaitu hanyir darah ketika melahirkan anak,” katanya.

Wan Noormala berkata, bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

“Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam.

“Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari,” katanya.

Beliau berkata, sebelum berbengkung, wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.

“Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut,” katanya.

Beliau berkata, sebelum mengakhiri rawatan ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.

“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi,” katanya.


FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan


FAKTA: Khasiat tumbuhan

Avocado
- Paling banyak digunakan dalam industri pembuatan produk kosmetik.
- Dikenali dengan nama saintifik ‘Persea americana’
- Berasal dari keluarga ‘Lauraceae’.
- Banyak terdapat di Selatan Amerika.
- Isi buah ini kaya dengan protein.
- Mengandungi vitamin A, B, C dan E.
- Mengandungi 17-27 peratus minyak. Manakala, lemak tumbuhan ini diekstrak untuk kegunaan industri kosmetik.
- Komposisi minyak, vitamin dan protein yang tinggi menyebabkan buah ini banyak digunakan pengeluar kosmetik.
- Memberi lembapan kepada kulit selain digunakan juga untuk pembersihan kulit muka.
- Vitamin E yang yang terkandung dalam avacado membantu memperbaiki sel kulit mati atau rosak

Zaitun
- Turut dikenali sebagai ‘Olea europaea’
- Buah Zaitun digunakan sebagai bahan kosmetik dan masakan.
- Tumbuhan ini digunakan untuk kecantikan dan kesihatan rambut.
- Kandungan protein dan lembapan minyak zaitun membantu melebat serta menyihatkan rambut.

Lobak merah
- Nama saintifiknya ‘Daucus carota’
- Selain sumber makanan, lobak merah berkesan menambah seri wajah serta menampakkan pipi kelihatan kemerah-merahan.
- Ia juga amat sesuai jika diamalkan bakal Raja Sehari untuk menaikkan seri wajah.
- Lobak merah ini juga dijadikan sebagai penyegar dalam produk kosmetik.

Lidah buaya
- Dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Aloe vera .
- Tumbuhan ini amat mudah hidup dan tahan kemarau.
- Minyak lidah buaya mudah meresap ke dalam kulit kerana ia memiliki kadar kelembapan yang tinggi.
- Kebiasaannya Aloe vera dijadikan ramuan kosmetik.
- Aloe vera digunakan sebagai krim untuk melembap, melindung daripada sinaran matahari, membersih selain digunakan sebagai syampu.
- Mengandungi komposisi zat yang diperlukan kulit
- Tumbuhan ini berkesan menghilangkan kesan parut dan membaikpulih sel kulit yang rosak atau mati.
- Ia juga mampu mengatasi alahan kulit seperti gatal-gatal

Betik- Dikenali dengan nama sainsnya Carica papaya
- Digunakan sebagai pembersih muka.
- Membantu merawat kulit yang luka terutama di tumit kaki akibat alahan simen
- Menyapu getah betik muda pada bahagian tumit pecah dapat menyembuhkan kawasan merekah
- Biji betik membantu menghitamkan rambut beruban

Kacang Soya - Dikenali juga sebagai ‘Glycine max’
- Berasal dari keluarga pea atau ‘leguminosae’
- Air kacang soya dapat memperbaiki kesihatan kulit
- Kacang soya kering mempunyai komposisi protein (40 peratus), karbohidrat (34 peratus), lemak (21 peratus) dan mineral (5 peratus)
- Kandungan protein tinggi membantu individu mendapatkan kulit sihat
- Kacang soya juga mengandungi kalsium, fosforus dan zat besi yang tinggi.

Petua Dulu-Dulu

MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM…
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP…
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT…
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

JIKA TERLEKAT TULANG…
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tul ang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

UNTUK MENDAPAT ANAK…insyaAllah. ..
Ramuannya; 3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut. Amalkan setiap hari. mudah-mudahan insyaAllah.

KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA
Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama – Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih – amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting – iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman – Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Petua Membersihkan Rahim
Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.

Petua Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..

RAMBUT BERUBAN…
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN…
Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

BAU MULUT…
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

RESDUNG…
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA…
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

PERUT MASUK ANGIN…
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

RAMBUT UBAT KAKI PECAH…
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang pecah itu.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

KUDIS BUTA…
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

CACAR AIR…
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN…
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

UBAT PANAU…
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

SAKIT SIPLIS…
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

BISA-BISA TULANG…
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

KENCING MANIS…
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

DEMAM KUNING…
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

PENYAKIT KUNING…
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

UBAT KENCING BATU…
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK…
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan- bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

CIRIT BIRIT…
Ramuannya; bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya) .Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

KENCING TIDAK LAWAS…
Ramuannya; madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

MENYEMBUHKAN LUKA…
Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

UNTUK MENGUBATI PENYAKIT BATU KARANG…
Ramuannya; madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

PENAWAR RACUN & SENGATAN BINATANG BERBISA…
Ramuannya; madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

PENAWAR GIGITAN ANJING GILA…
Ramuannya; daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

UNTUK MERAWATI MASALAH BATUK KERING…
Ramuannya; 1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

PENAWAR SESAK NAFAS…
Ramuannya; madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

PENYAKIT GAGAP…
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

BENJOL & LUKA YG TERUK…
Ramuannya; buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

MATA BERSELAPUT.. .
Bahan-bahannya; Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu. kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

TAJAMKAN MATA GUNTING…
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN…
Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh. Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

MEMPERCEPATKAN NANGKA MASAK…
Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.

MENYEGARKAN BAU TEKO YANG TELAH DISIMPAN LAMA…
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

MENCUCI KERAK PERIUK…
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

PAKAIAN ANDA TERKENA GETAH & TERKENA KUNYIT…
Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian.

Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

MENAHAN AIR LIUR ANAK DARI MELELEH KELUAR…
Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah- mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

SUSAH TIDO…
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan. Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

BAHAYA TIDO DI SIANG HARI…
Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal.

LARANGAN & PERATURAN SELEPAS MAKAN…
Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN…
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya

CARA HAPUSKAN KELEMUMUR…
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

MENEGANGKAN MUKA…
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.

MEMEKATKAN SUP…
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

IBU HAMIL…
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

HIDUNG BERDARAH…
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG…
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.

MENGHITAMKAN ALIS MATA…
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis…
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

MENGHILANGKAN JERAWAT BATU…
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH…
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

MENYEMBUHKAN GUSI BENGKAK…
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.

RAMBUT…
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT…
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

HILANGKAN KARAT PADA GIGI…
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

MENGHILANGKAN CAGU…
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

KHASIAT BAWANG…
1. pening kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

MATA TERMASUK LADA…
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan hilang pedihnya.

MENGHARUMKAN RUMAH…
Ambil beberapa helai daun pandan,mayang seperti membuat bunga rampai.letakkan dalam bekas atau bakul.bolehlah diletakkan di ruang tamu,dapur,bilik tidur atau dimana saja sesuai.mudah dan menjimatkan. selamat mencuba.

MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN…
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

SEGARKAN MATA…
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

UBATI BIBIR YG PECAH…
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH…
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU…
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering.

Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.

Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang berlebihan.

Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut.

Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah.

Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa dalam perjalanan jauh.

Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan membekalkan jus buah pear.

Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi.

BADAN RINGAN & BERTENAGA…
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH…
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI…
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH…
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam – 1 pain air).

IKAN HARUAN X HANYIR…
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT…
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT…
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

ELAK JAG KACA PECAH…
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!

MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI…
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

TAUGE SEGAR…
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

ATASI NASI MENTAH…
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI…
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

AYAM GORENG LEBIH SEDAP…
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba….

MENGATASI NASI LEMBIK…
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

MELEMBUTKAN DONAT…
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

DAGING KAMBING TIDAK BERBAU…
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

MENCUCI SETERIKA KOTOR…
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.

PENGISAR SENTIASA TAJAM…
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

PENYAKIT LUPA…
Antara penyebabnya adalah:-

- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

TANDA-TANDA AWAL KANSER…
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

RAHSIA ROTI CANAI…
Assalamua’laikum. … Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.

Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan “daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya”.Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.

Apakah makanan itu??…. Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan “Roti telor satu”… maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.

Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.

Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.

TIPS KESIHATAN & KECANTIKKAN UTK WANITA 30-an
Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

Friday, February 26, 2010

KENALI 7 JENIS LELAKI

Sukar untuk mengenali hati budi sesorang namun kamu mungkin boleh meramalkan sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan harianya..Shhh..kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!!
1) LELAKI TAKUT KOMITMEN
Personaliti :
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya.karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam ketegori ini memiliki ramai teman.
Maknanya :
Sekiranya dia memapamirkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh di percayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudiam, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.!!
2) LELAKI RASIONAL
Personaliti :
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam ketagori ini berperwatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia merubah menjadi seorang yang agak peramah.
Kesimpulannya :
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam katagori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.
3) LELAKI KONSERVATIF
Personaliti :
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaan.
Kesimpulannya :
Berfikiran matang dan bersedia memikul tangungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. bagi lelaki kinservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.

4) LELAKI HIPOKRIT
Personaliti :
Ego dan gemar mementingakan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya.mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri.. AWAS!!!!
Kesimpulannya :
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap HIPOKRIT dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki !
5) LELAKI ANTI PEREMPUAN
Personaliti :
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka.Sebaliknya mereka gemar benda sebagai koleksi peribadi.
Kesimpulannya :
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingan sedniri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti kehendaknya.
6) LELAKI PLAYBOY
Personaliti :
Sentiasa berpenampilan menarik dna peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian ! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut " manis "
Kesimpulannya :
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.
7) LELAKI BERWAWASAN.
Personaliti :
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.
Kesimpulannya :
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikpanya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri diatas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. @

Kalau Suami Vs Jika Suami

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

………… ..

Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….
KALAU SUAMI …. lebih banyak dari JIKA SUAMI … maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA?
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA…

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

60 Petua Untuk Mencari Jodoh

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.