Thursday, February 17, 2011

When a student listen to music too much!

Mr. Eric was walking around the form 3 block when he saw one of the form 3 class, 3'T', making noise. He entered the classroom and this is what happened... .

Mr. Eric: Who was playing and talking please stand up or the whole class gets it.
Anand : "Will The Real Slim Shady Please Stand Up"(Eminem)
Mr. Eric: You! I want you to come to my office now.

Office
Time: 0900 hrs

Mr.Eric: What Is Your name?
Anand : "Say My Name Say My Name"(Destiny's Child)
Mr.Eric: Don't play a fool
Anand : "Can't Believe I'm The Fool Again"(Westlife)
Mr.Eric: Do you want me to beat you ?
Anand : "Hit Me Baby One More Time"(Britney Spears)
Mr Eric: What did u say?
Anand : "WHAT!"(Stone Cold)
Mr.Eric: Are you out of your head?
Anand : "I Can't Get U Outta My Head"(Kylie Minogue)
Mr.Eric: Who do you think you are ?
Anand : "I'm A Genie In Bottle"(Christina Aguilera)
Mr.Eric: How many demerits do you want?
Anand : "1,2,345,Everybody In The Car... "(Lou Bega)
Mr.Eric: Do you always play in class?
Anand : "Sometimes I Run, Sometimes I... "(Britney Spears)
Mr Eric: Do u think this is a party ?
Anand : "I'm Coming Up So U Better Get The Party Started"(Pink)
Mr.Eric: I want you to come for detention class tomorrow morning
Anand : "Every Morning They're A Hello... "(Sugar Ray)
Mr.Eric: I've just changed my mind. I want you to come everyday
Aanad : "Everyday I Love You"(Boyzone)
Mr.Eric: I want you to come alone
Anand : "Show Me The Meaning Of Being Lonely"(Backstreet Boys)
Mr.Eric: It gonna be the two of us
Anand : "Just The Two Of Us"(Will Smith)
Mr.Eric: Are you going to shut up or do you want me to stop talking
Anand : "You Say It Best, When You Say Nothing At All"(Ronan Keating)
Mr.Eric: I want you to promise me that you won't get into anymore trouble.
Anand : "This I Promise You"(N*sync)
Mr.Eric: Make Sure you don't get into trouble again
Anand : "Oops I Did It Again"(Britney Spears)
Mr.Eric: You can go now
Anand : "There She Goes"(Sixpence None The Richer)
Mr.Eric: I said go!
Anand : "Bye Bye Bye"(N*sync)

Sorry... lawak bodo..

Wednesday, February 9, 2011

DOA MENCARI JODOH....... ;)

jangan ambil serius sangat... sekadar bahan utk di kongsi bersama... . semua...

ambil apa yang baikdrpd 'doa' ini... . mungkin ada hikmah disebalik... . usaha.. dan setipa doa itu... kan?



"Ya Allah, kalau dia memang jodohku,

jodohkanlah... .

tapi kalau bukan jodohku,

jodohkanlah jugak... .

jika dia tidak berjodoh denganku,

maka jadikanlah kami jodoh... ...

kalau dia bukan jodohku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku... ..

kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku... ...

dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,

jodohkanlah kami kembali... ...

kalau dia jodoh orang lain,

putuskanlah!

jodohkanlah dengan ku... ...

jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku...

amin"...

11 Titik Rahsia Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu ?

Suami hanya menyentuh di daerah sekitar dada dan paha? Aduh, dia wajib baca tulisan ini.

Perempuan mempunyai banyak titik peka yang wajib dieksplorasi bukan hanya sekitar wilayah dada sahaja. Tangan dan kaki, jika disentuh secara tepat akan menghasilkan sensasi tidak terkata!

Sebenarnya, from head to toe, itulah wilayah peka wanita, sayangnya banyak laki-laki yang tidak mengetahui hal itu. Sebahagian besar lelaki cepat menginginkan pasangannya berbaring di tempat tidur dengan kaki terbuka lebar dan meninggalkan bahagian tubuh lain. Kuno sekali!

Inilah saatnya lelaki fokus pada bahagian tubuh pasangan yang selama ini mungkin diabaikan. Minta si dia melakukan sesuatu yang berbeza kali ini.

Jika dia belum tahu wilayah mana yang peka terhadap sentuhan, tunjukkan saja tulisan ini padanya. Selamat mencuba!

1. Kepala
Minta pasangan menggunakan hujung jari dan tengah-tengah jari untuk mengelus pelipis anda. Kemudian, gunakan tangan untuk memainkan rambut sebelum dia menggunakan hujung jari untuk membelai kepala. Lakukan perlahan-lahan. Rebahkan kepala anda di pangkuan sementara dia melakukan urutan untuk bersantai dan reaksi yang apresiatif.

2. Leher
Tidak masalah menggunakan tangan atau mulut. Sebahagian besar wanita menyenangi saat pasangan mengeksplorasi bahagian leher, baik dengan mengelus, mencium atau mengecup ringan. Ciuman dan kucupan daerah sekitar leher dijamin menghasilkan sensasi luar biasa.

3. Punggung
Minta pasangan mengucup mulai rambut kepala sehingga ke punggung sementara tangan merangkul pinggang.

4. Paha
Minta pasangan mengskplorasi paha bahagian dalam dan luar, serta menghindari organ genital, dengan tangan atau mulut. Jangan cuba menggigitnya. Kucup daerah antara labia luar dan kemudian selesaikan sampai paha bahagian atas dengan lidah.

5. Belakang lutut
Anda telentang, angkat kaki, sandarkan di tubuh pasangan. Minta dia menyelusuri lutut bahagian dalam. Cium dan kucup perlahan-lahan daerah tersebut dan sekitarnya.

6. Tangan
Pegang tangannya dengan telapak saling berhadapan dan gunakan kedua jari untuk meraba telapak tangan dengan lembut. Minta dia meraba seluruh permukaan tangan anda. Letakkan jari tengah di mulut pasangan dan hisap perlahan-lahan. Lakukan hal yang sama terhadap suami anda.

7. Pergelangan tangan
Pegang tangan dengan telapak tangan berhadapan, dan gunakan hujung jari untuk menyelusuri pergelangan tangan. Setelah beberapa minit mengelus, gunakan bibir, gigi dan lidah untuk mengucup dan gigit perlahan-lahan bahagian dalam pergelangannya.

8. Telinga
Sampailah ke telinga dan bisikkan sesuatu seperti, “malam ini adalah malam milikmu”. Minta dia mencium bahagian atas telinga, gigit perlahan-lahan. Jangan terlalu keras nanti akan sakit!

9. Perut
Minta si dia memeluk pinggang anda dengan kedua tangan dan hirup aromanya ketika hidung dekat dengan perut pasangan. Minta dia mencium perut dari hujung satu ke hujung yang lain, dan secara tiba-tiba biarkan lidah menjilatinya.

10. Pergelangan kaki
Tak peduli Anda tengah bercinta atau memulai foreplay, tempatkan pergelangan kaki di bahu pasangan. Minta dia menyentuhnya. Elus salah satu dengan tangan dan cium dari satu sisi ke sisi lain.

11. Kaki
Minta si dia mengelus atau memijat ringan dengan minyak pijat atau krim. Oleskan di telapak kaki, perlahan-lahan naik ke ibu jari kemudian ke tumit.

Wanita Penuh Dengan Kelebihan

*sebelum kahwin,wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah berkahwin,dia hafal seluruh pertanyaan

*barang siapa mengahwini wanita kerana hartanya,maka dia telah menjual kemerdekaannya

*wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita ,lelaki bermalam dengan kegelapan

*wanita lebih cepat drpd lelaki dalam menangis dan dalam peristiwa yang menyebabkan dia menangis

*wanita tertawa bila dia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu

*pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman termulia

*wanita sangat berlebihan dalam menyintai dan membenci,dan tidak mengenal pertengahannya

*wanita elalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin

*tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia

*wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia

*kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya

*seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula dalam kalimatnya setiapkali berbicara dng suaminya,dan mengurangi garam pada ucapan suaminya

Petua Untuk Dapat Jodoh

Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

" Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa... ... ."
bererti

"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). DAn suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah(Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"
juga ada doa yang boleh dijadikan sarana permohonan kepada Allah agar mendapatkan jodoh, antara lain doa nabi Zakariya yang artinya:

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya 'ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik'. (QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, perbanyak membaca shalawat nabi Muhammad saw. Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad. (Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau). Dibaca minimal 1000 kali dalam sehari semalam. Insya Allah doa Anda dikabulkan oleh Allah SWT. (11)

Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

10 Tanda Lelaki Sedia Untuk Komitmen

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin

Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.

Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda

Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu

Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit

Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda

Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.

Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'

Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.

Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi

Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.

Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih

Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang

Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tgk awek lain.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dr tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya pada waktu lepas keje dan hari minggu kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur @ silent.Atau tengah berdating dengan awek-awek yang lain.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya. Apalagi ajak datang ke rumahnya sendiri dengan alasan tak mahu rumahnya bersepah2.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita. Hati-hati bila cerita bajet kahwin dan pertunangan.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.Matanya pun meliar baca satu badan.

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah atau aweks lain yg dikikis duit belanja mkn dia.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya @ koleksi awek2 yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya dan pejabatnya.

13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih.

14.Bila tiba cuti sekolah,pasti dia tiba-tiba bercuti panjang balik kampung katanya.

15.Sering beri alasan atau ceritakan masalah kewangan untuk dapatkan simpati.Sebenarnya duit dah habis bagi nafkah anak bini.

Menghidupkan Suasana Mesra Suami Isteri

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear... ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda... .

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

50 Tips Pikat Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Sekian terima kasih... ...